Satu-satunya catatan dan update terkini selepas 2013 berlalu!Fuhh..
Banyak cerita yang mahu dikongsikan di sini namun kekangan masa dan internet yang begitu seLoww jadi niat untuk meng'Update' tertunda sehinggalah hari ini..
Tuhan, terima kasih untuk anugerah yang sangat2 besar daripadaMu. Terima kasih kerana menjadikan daku seorang wanita yang sangat istimewa pada hari ini. Sesungguhnya rezeki itu semua datang daripadaMu. Syukur!!
Saya dan suami akan bergelar Mum and Dad soon. Due date is on 16 September 2014. Lambat atau cepat, semoga saya dan anak kecil ini sihat sehingga saat itu tiba. Semoga semuanya dipermudahkan. I can't wait to see you my Little Angel!
Bulan Pertama dan Kedua
Saya tidak menyangka rezeki datang awal tahun 2014 ini. Saya mengalami sakit selesma dan demam2, selalu pening kepala, badan terasa lemas dan tidak bermaya. Saya hanya berfikir yang saya begini sebab selesma dan demam. Tidak terfikir langsung yang saya akan menjadi MUMMY!
Kemudian hubby pun mengatakan badan dia pun tidak sihat, pening2, badan rasa lemas saja. Tapi tiada pula mengidam masa itu. Kami berdua bercadang untuk berjumpa Doktor sebab kami fikir mungkin kami dijangkiti semasa membeli-belah di 1 Borneo. Sebab masa itu penyakit tibi mula dikesan kepada pekerja2 di 1Borneo. Waaa..takutnya masa tu!
Kemudian secara tidak sengeja tercerita dengan kawan pasal keadaan yang tidak sihat selalu, dia suruh beli pregnancy test. Lama berlalu dan saya tiba2 rasa mau balik awal dari kerja, saya bawa sawoku balik awal dan singgah membeli di Pharmacy Putrajaya Telipok.
Nah malamnya baru test!Dua garis Merah!!!
I cant believe!Kalau ada beli satu set lagi pasti saya test lagi malangnya saya beli satu saja. Kemudian tibalah sesi membagitau ni, yang paling lucu dua2 pun tidak percaya hahaa.. yang satu lagi tanya betul ba??Betul ba?? Macamlah saya ni Dok. Keputusannya, besok pagi mesti jumpa Doktor untuk memastikannya!
Itulah yang saya harapkan. Positive Result! Thank You Doktor. Dan bermulalah mencari Klinik untuk ibu2. Di Telipok ka atau ke tempat lain saja.
Selera getting worst! Mau makan yang orang masak dan makan makanan kampung saja. Dan satu yang saya sedari ialah mungkin alahan la kali, saya tidak suka bunyi HP sawoku hahhaaa.. Kalau berbunyi2 banyak kali dan sawo pandang hp saja, darah saya pandai naik hahahaa... Tapi berlaku sekejap saja tidak berterusan pun.
Bulan Ketiga
Seronok menjadi seorang ibu. Nah sudah dapat Doktor untuk berklinik setiap bulan (Klinik Rosel - Doktor Sutha Chelliah) di Kota Kinabalu.
Kemudian sibuk untuk membeli majalah, untuk menambah info. Mau jadi mama suda ni, mau juga jadi mama yang bagus ni ^^ Teringatlah sesi2 masa Kursus Perkahwinan bagaimana menjadi ibubapa yang baik. Is good to memorized and recalled apa yang suda dipelajari. Boleh dipraktikkan suda semasa baby dalam rahim lagi. Nah itu katikisis yang diamanatkan oleh katikis2 dan father masa itu. Sekarang tiba masa untuk melakukanya.
Bulan ini juga saya menjadi agak sensitif dan moody. Cepat marah tapi cepat saya menenangkan diri supaya baby pun senyum saja di dalam. Selera makan pun semakin pulih berbanding 2 bulan lepas. Berat memang tidak payah cakaplah, tuuuurrruuunnnnn....
Makanan yang terlintas di kepala hah itulah yang saya mau makan!hehe.. Hebat ko Sujanah.. memang hebat. Sawoku lagi hebat sebab tidak pernah membantah.. Terima kasih sayang sawo :)
Bulan Keempat
Sibuk suda saya mencari baju, sebabnya perut ada menonjol sedikit. Kadang2 pakai seluar yang sempit membuatkan diri ini sesak nafas dan tidak selesa di perut! Misi pencarian baju berjaya hehee..
Terima Kasih Sawoku. Sangat memahami dan sentiasa sabar melayan setiap kerenah yang tiada2 kadang2. ^^ weeee..
Sepanjang 4 bulan lebih ini, sawo la yang banyak membantu. He is the best!You are the best now and forever. No one is like you. And i never ever compared you with others because i knew that you are special to me. God created you and me became a husband and wife. I appreciated! Terharunya..
Sawoku banyak bercakap dan bercerita dengan anak kecil ini. Macam tau2 saja daddy dia ni bercakap terus dia gerak2 tendang mummy dia. Bahagia! That is the word i can say. Tiap wanita dianugerahkan dengan perasaan ini. Saya salah seorang yang bertuah kerana saya bahagia saat ini. Semoga perasaan ini selamanya dan i am so blessed!
Sawoku & Babyku, I love you so much! Muahh Muahh..
Sawoku & Babyku, I love you so much! Muahh Muahh..